Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 15, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAgong: Pengalaman tukar kerajaan proses cukup merugikan negara

    Agong: Pengalaman tukar kerajaan proses cukup merugikan negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Titah Yang di-Pertuan Agong bahawa perubahan kerajaan sebelum sesuatu penggal parlimen berakhir, hanya akan menyebabkan kerugian kepada pelbagai pihak, termasuk negara.

    Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati ahli politik agar menumpukan perhatian dan berusaha ke arah mewujudkan keharmonian kaum, meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara.

    “Pertukaran kerajaan bukan perkara mudah kerana ia menyebabkan kita, rakyat dan negara mengalami kerugian kewangan, kerugian masa.

    “Saya tidak mahu menuduh mana-mana parti politik, tetapi pengalaman menukar kerajaan adalah satu proses yang cukup merugikan negara.

    “Kita sudah ada proses demokrasi bertulis yang menyatakan setiap lima tahun kita ada pilihan raya umum, jadi biarlah sekurang-kurangnya empat, lima tahun berlalu untuk kerajaan mentadbir, bukan hanya satu atau dua tahun untuk berubah sewenang-wenangnya,” titah baginda seperti dipetik Bernama hari ini.

    Pada masa sama, baginda yang akan mengakhiri khidmat sebagai Agong ke-16 selepas dilantik ke jawatan itu pada 31 Januari 2019 turut menyentuh mengenai ura-ura berlaku sekali lagi perubahan kerajaan di luar pilihan raya.

    Menyentuh mengenai Langkah Dubai, baginda bertitah, proses demokrasi mesti dihormati oleh semua pihak.

    Terpaksa buat keputusan tak popular

    Langkah Dubai merujuk kepada dakwaan komplot untuk menggulingkan kerajaan membabitkan pemimpin PN dan beberapa ahli parlimen kerajaan yang dilaporkan bertemu di Emiriah Arab Bersatu.

    Walaupun Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkannya berdasarkan laporan risikan, pemimpin PN menafikan kewujudan komplot sedemikian.

    Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut memberi amaran agar semua pihak tidak menghakimi kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdasarkan tahun pertama kerajaan perpaduan mentadbir negara.

    Pada masa sama baginda mengingatkan, kelemahan di sana sini memang tidak dapat dielakkan.

    ALSO READ:  Restoran diskriminasi, pecat pekerja sebab pakai rantai salib - MP

    “Apa yang penting ialah kerajaan pimpinan Anwar cuba memperbaiki kelemahan itu.

    “Kita tahu ada banyak peranancangan, Pelan A, B, C, D… dan mungkin juga ada dasar yang mungkin tidak popular.

    “Kadangkala kerajaan terpaksa membuat keputusan yang kurang popular demi kebaikan negara pada masa hadapan.

    “Saya harap kerajaan terus memberi kefahaman kepada rakyat di luar sana,” titah baginda lagi.

    Al-Sultan Abdullah juga bertitah menceritakan pengalamannya semasa PRU ke-15 sambil menzahirkan bahawa satu-satunya hasrat baginda adalah untuk melihat sebuah negara yang stabil dan berjaya.

    “Jadi apabila tiba pilihan raya ini (PRU15), saya mahukan keadaan harmoni dalam negara kita.

    “Ia harus bermula di Parlimen sendiri. Kita tidak boleh terus berjuang atau berfikir secara berbeza, kita mahu memajukan negara kita, memperbaiki nama baik negara kita.

    “Satu-satunya hasrat saya ialah, jika boleh, semua pihak membentuk kerajaan yang kuat dan kukuh supaya kita dapat terus membangunkan sebuah negara yang stabil dan berjaya,” titah baginda.

    Keputusan PRU ke-15 pada 2022 menyaksikan situasi parlimen tergantung dan negara terperanangkap dalam kebuntuan politik selama lima hari apabila tiada mana-mana parti berjaya menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat.

    Justeru baginda mencadangkan kepada ketua-ketua parti yang terlibat agar kerajaan perpaduan dibentuk.

    Bagaimanapun, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menolak saranan Agong agar mereka membentuk kerajaan bersama PH.

    Selepas ditolak, PH akhirnya membentuk kerajaan bersama dengan BN sebelum turut disertai parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.

    Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang akan menaiki takhta pada 31 Januari ini untuk memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama lima tahun akan datang.

    ALSO READ:  Ahmad Maslan nafi ada cubaan nak gulingkan Zahid - laporan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts