Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAgong, Permaisuri berangkat ke forum perdana ehwal Islam

    Agong, Permaisuri berangkat ke forum perdana ehwal Islam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Forum Perdana Ehwal Islam Diraja di Istana Negara, malam tadi.

    Forum bertajuk ‘Institusi Diraja Penyatuan Ummah’ tersebut dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Istana Negara bagi meningkatkan dan menyuburkan kefahaman masyarakat bahawa institusi diraja ialah simbol menyatukan ummah dalam kalangan komuniti yang berbeza dan pelbagai.

    Lebih 400 orang hadir di Istana Negara bagi menonton forum yang berlangsung selama satu jam 30 minit itu yang turut disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar selain barisan kepimpinan tertinggi kerajaan antaranya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

    Antara inti pati forum itu termasuk perananan penting yang dimainkan Raja-Raja Melayu dalam menjadi tunggak kekuatan agama Islam serta menyatukan masyarakat di Malaysia.

    Forum tersebut menampilkan Ustaz Zakaria Othman dari Jakim sebagai moderator bersama tiga panel iaitu Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alaudin, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashi dan pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.

    Ahli panel juga mengupas mengenai kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah mengemudi negara ketika wabak COVID-19 dan ketidaktentuan politik akibat berlakunya ‘hung parliament’ pasca Pilihan Raya Umum ke-15 yang menjadi bukti betapa pentingnya institusi diraja dalam urus tadbir negara ini.

    ALSO READ:  Two drivers caught on camera running over pedestrians on purpose, Washington cops say

    Usai forum tersebut pada 10.30 malam, Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra dan bersantap bersama tetamu yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts