Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAgong, Permaisuri zahir takziah pada keluarga legenda bola sepak Shaharuddin

    Agong, Permaisuri zahir takziah pada keluarga legenda bola sepak Shaharuddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara Shaharuddin Abdullah yang meninggal dunia akibat penyakit asma, semalam.

    Turut menzahirkan ucapan takziah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

    Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarganya sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

    “Seri Paduka mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

    “Seri Paduka amat menghargai sumbangan Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar, khususnya, kepada sukan bola sepak negara,” menurut catatan itu.

    Shaharuddin, 75, pernah mewakili negara dalam Sukan Olimpik Munich 1972 dan ketika zaman kegemilangannya, beliau merupakan seorang penyerang dan penjaring yang handal, berbakat besar serta sukar ditandingi.

    Shaharuddin mula bermain untuk pasukan kebangsaan pada 1967 dan kelincahannya di padang menyebabkan beliau diberi gelaran ‘The Black Cat’ dan ‘Sharpshooter’.

    Allahyarham merupakan pemain keempat di Malaysia yang paling banyak menjaringkan gol dengan keseluruhan 39 jaringan dalam 70 penampilannya itu, meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak awal pagi semalam.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts