Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.
Melalui poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara pada hari ini, Seri Paduka berdua juga turut mendoakan agar perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.
“Semoga seluruh rakyat dan negara diberkati dengan kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.
”Semoga juga dianugerahkan dengan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang kekal,” titah Seri Paduka berdua.
– Bernama