Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAgong, Putera Monaco lawat pusat konservasi gajah, harimau

    Agong, Putera Monaco lawat pusat konservasi gajah, harimau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang di Temerloh hari ini.

    Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan ketibaan tetamu kenamaan diraja itu disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

    Turut hadir, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

    Al-Sultan Abdullah dan Putera Albert II terdahulu melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) yang mula beroperasi sejak Februari 2022 yang kini menempatkan lima ekor Harimau Malaya termasuk dua yang diselamatkan daripada konflik harimau-manusia.

    Harimau Malaya itu ialah Atan, berusia empat tahun yang ditangkap di Kerteh, Terengganu dan Bihai yang berumur empat tahun setengah yang ditemukan di Gua Musang, Kelantan.

    MTCC yang beroperasi di kawasan seluas 80 hektar itu juga menjadi ‘lokasi perlindungan’ kepada tiga lagi Harimau Malaya yang diterima daripada tiga zoo di Malaysia.

    Usai lawatan di MTCC, Seri Paduka dan Putera Albert II seterusnya menuju ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah (PKGKG) yang terletak kira-kira lapan kilometer, dengan lawatan bermula di Galeri Warisan Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di situ.

    Putera Albert II ketika menandatangani Buku Pelawat PKGKG menyatakan penghargaan atas usaha yang dilakukan MTCC dan PKGKG, sambil menambah bahawa langkah itu ‘sangat penting’.

    “Ribuan terima kasih atas kerja-kerja berharga dalam usaha perlindungan biodiversiti yang diterajui oleh MTCC dan PKGKG. Gajah dan Harimau Malaya patut diberi perhatian penuh untuk memastikan spesies ini tidak pupus,” coret baginda dalam buku tersebut.

    ALSO READ:  Tangkapan udang kurang tiada kaitan penambakan Pulau Silikon - LKIM

    PKGKG menempatkan 25 ekor gajah dan gajah yang membuat penampilan di hadapan tetamu Diraja ialah anak gajah betina berusia enam tahun bernama Elly yang ‘sinonim’ dengan PKGKG kerana menggunakan kaki palsu pada kaki kanan hadapannya, akibat terkena jerat dawai pemburu haram di Jeli, Kelantan.

    Turut dipersembahkan ialah pertunjukan berinformatif oleh tujuh ekor gajah iaitu Kasturi, Pian, Abot, Alam, Rambai, Timor dan Lasah yang masing-masing ‘ditemani’ dua penjaga termasuk gembala mereka.

    Seterusnya, Al-Sutan Abdullah dan Putera Albert II juga berkenan memberi makan serta menyaksikan gajah bermain air di anak sungai yang terdapat di pusat konservasi itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts