Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAgong, Raja Permaisuri zahir penghargaan pada warga Istana Negara

    Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan pada warga Istana Negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mengucapkan terima kasih kepada semua warga Istana Negara yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang lima tahun pemerintahan mereka.

    Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengucapkan penghargaan itu pada program Malam 1000 Kenangan di Istana Negara pada Jumaat lepas.

    Keberangkatan keduanya ke program itu diiringi oleh anak-anak mereka.

    Program tersebut diadakan oleh warga Istana Negara di bawah kelolaan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini sebagai hadiah istimewa sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.

    Pada program tersebut, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkongsi pengalaman manis lima tahun bersemayam di Istana Negara serta sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selain berkenan mendendangkan empat lagu.

    Pegawai dan warga Istana Negara pula mempersembahkan bakat terpendam masing-masing menerusi pelbagai persembahan sketsa, nyanyian dan tarian.

    Di penghujung program, keduanya dipersembahkan tayangan video khas dan persembahan kilat berkumpulan atau flash mob oleh seluruh warga Istana Negara diikuti nyanyian lagu patriotik Setia.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts