Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAgong, Sultan Perak melawat pusat menyelamat hidupan liar

    Agong, Sultan Perak melawat pusat menyelamat hidupan liar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan menyertai Seri Paduka dalam lawatan tersebut yang bermula kira-kira 11.30 pagi.

    Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia mengenai operasi NWRC dan menyaksikan sendiri inisiatif konservasi hidupan liar di pusat itu termasuk Harimau Malaya, beruang matahari, tapir dan seladang.

    Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melepaskan burung Murai Batu yang merupakan hasil rampasan sebagai simbolik lawatan sulung Seri Paduka.

    NWRC ditubuhkan sebagai pusat menyelamat iaitu penempatan sementara hidupan liar yang dirampas di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

    Pusat itu menjalankan aktiviti konservasi Harimau Malaya secara ‘ex situ’ seperti menjalankan operasi menyelamat, rehabilitasi, husbandri, rawatan dan kawalan penyakit, penyelidikan dan pembiakan menggunakan teknologi terkini.

    Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan konvoi, disambut meriah oleh penduduk Sungkai ketika dalam perjalanan berangkat ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, hari ini.

    Menurut laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan turut berkenan menyantuni penduduk tempatan dan mengurniakan sumbangan.

    Sementara itu, dalam perjalanan pulang Seri Baginda juga sempat meluangkan masa menyantuni penduduk, yang masih menunggu rombongan tersebut di sepanjang jalan di Sungkai.

    ALSO READ:  2 dekad berlalu, Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan hari kebangsaan

    Tengku Hassanal kemudian berkenan menyantuni penduduk dengan keluar dari kenderaan dan berswafoto bersama penduduk, yang rata-rata sangat teruja bertemu mata dengan Pemangku Raja Pahang itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts