Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAgus dedah identiti 'Mr H' kepada polis

    Agus dedah identiti ‘Mr H’ kepada polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom), Mohammad Agus Yusoff, telah mendedahkan identiti Mr H kepada pihak polis hari ini.

    Namun, beliau enggan memberikan sebarang kenyataan apabila dikepung oleh wartawan semasa di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

    “Soalan berkaitan siasatan, yang jelas saya telah dedah siapa Mr H (kepada polis),” katanya kepada pemberita.

    Mohammad Agus Yusoff

    Pada minggu lalu, video Agus dan penolong pegawai J-Kom Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani didakwa “bersembang lucah” antara satu sama lain dan video rakaman itu menjadi tular di media sosial.

    Bagaimanapun pada Jumaat lalu, kedua-dua mereka menafikan terlibat dalam perbualan lucah dan mendakwa apa yang berlaku merupakan konspirasi daripada seseorang digelar sebagai Mr H.

    Mereka juga berkata video itu sesuatu yang dirancang dan telah disunting.

    Rentetan peristiwa itu, pada Sabtu lalu, Pengarah Bahagian Latih dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Muhamad Hakim Ramlee yang turut dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee tampil menafikan dakwaan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa dirinya sebagai Mr H.

    Raja Petra Kamarudin

    Mengulas lanjut, Agus berkata dia juga telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung kebocoran laporan polis awalnya mengenai video tersebut.

    “Saya buat laporan polis terhadap Tiktok yang tular, terhadap Raja Petra berkaitan laporan polis saya yang awal, yang terdedah dengan maklumat peribadi.

    “(Ini) membahayakan saya dan keluarga,” katanya.

    Peguamnya, Faizal Rahman, juga mempersoalkan pihak polis berhubung laporan yang bocor.

    “Kita persoal kenapa sebab kes telah tersiasat, dan diklasifikasikan jenayah terkelas, jadi kenapa laporan polis itu terdedah, dan kami pasti itu bukan salinan daripada kami.

    “PDRM kena bertanggungjawab,” kata Faizal kepada pemberita.


    Laporan polis itu mengandungi dakwaan yang sama dibuat oleh Agus seperti ketika sidang medianya Jumaat lalu.

    ALSO READ:  Rangka manusia ditemukan di Sungai Malim

    Ini, termasuk seorang individu telah menghubunginya awal minggu lalu, dan menunjukkan video berkenaan kepadanya.

    Individu itu kemudian memaklumkannya supaya sama ada meletakkan jawatan sebagai ketua pengarah J-Kom atau bercuti.

    Agus mengemukakan surat peletakan jawatannya pada Khamis lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts