Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAhli JK Khas Mitra nafi tolak cadangan bekal komputer riba baru

    Ahli JK Khas Mitra nafi tolak cadangan bekal komputer riba baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang ahli dan dua bekas ahli Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) menafikan dakwaan bahawa mereka menolak cadangan menyediakan komputer riba baru kepada sekolah secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

    Ahli Jawatankuasa Khas Mitra yang juga Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran, dan bekas ahli Senator Sivarraajh Chandran dan Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau membuat penafian itu ketika diminta mengulas laporan sebuah portal.

    “Saya menafikan laporan itu. Tidak benar. Sebenarnya, saya antara ahli jawatankuasa khas yang menolak cadangan membeli komputer riba refurbished (komputer lama yang diperbaharui semula) dalam mesyuarat pertama.

    “Cadangan saya adalah memberi komputer riba baru,” kata Yuneswaran kepada Malaysiakini.

    Namun, katanya, dia tidak hadir ke mesyuarat kedua yang mengambil keputusan untuk membekalkan komputer riba refurbished.

    Sementara itu, Sivarraajh berkata bahawa cadangannya adalah untuk memberikan komputer riba baru secara berperingkat.

    “Saya cadangkan untuk membekalkan komputer riba baru kepada semua sekolah Tamil secara berperingkat.

    “Sebagai contoh, setiap tahun Mitra akan bekalkan komputer riba untuk 200 sekolah dan kesemua sekolah dapat dalam masa tiga tahun.

    “Tapi, cadangan itu tidak diperhalusi dalam mesyuarat-mesyuarat seterusnya. Jadi, tidak betul kami tolak cadangan membekalkan komputer riba baru,” katanya.

    Berkongsi perkara yang sama, Ganabatirau berkata dia juga menolak cadangan membekalkan komputer riba refurbished.

    “Saya tolak cadangan itu. Pendirian saya pun membekalkan komputer riba baru atau tablet baru.

    “Tapi, saya tidak hadir mesyuarat seterusnya setelah letak jawatan daripada jawatankuasa khas itu,” katanya.

    Terdahulu, FMT memetik sumber bahawa terdapat cadangan untuk Mitra menyediakan komputer riba baru kepada sekolah secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tetapi cadangan itu ditolak oleh lembaga pengarah.

    ALSO READ:  Mais mahu k’jaan segera atasi pertikaian hukum syariah Negeri

    Pengarah ekonomi dan kerja Mitra Suresh Ramasamy juga menolak dakwaan bahawa lembaga pengarah Mitra memilih kuantiti berbanding kualiti dengan menolak cadangan untuk menyediakan komputer riba baru secara berperingkat

    Program pemberian komputer riba refurbished kepada 527 sekolah Tamil oleh Mitra menjadi isu selepas ibu bapa dan guru mengadu bahawa komputer riba yang diterima terpaksa dihantar untuk dibaiki hanya beberapa minggu selepas menerimanya.

    Namun, Mitra mempertahankan program tersebut.

    Menurut Suresh setiap perananti menelan kos RM500 termasuk kos menaik taraf, menghantar dan menyelenggara komputer riba.

    “Tambahan pula, Google dan rakan kongsinya telah melabur dalam memastikan guru dilatih menggunakan perananti yang akan membantu dalam pengajaran dan pembelajaran,” katanya kepada FMT.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts