Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAhli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

    Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Adik sepupu Lt T. Sivasutan, 31, seorang daripada mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak hari ini berkata tubuhnya tidak berhenti menggigil apabila menerima perkhabaran duka itu.

    M. Sivanesan, 23, sedang bekerja di Manjung sebelum mendapat tahu mengenai insiden itu pada kira-kira 10.30 pagi menerusi maklumat dan gambar selain video yang tular di laman sosial.

    Bimbang jika abang kandungnya, yang juga anggota TLDM dan juruterbang bagi pasukan keselamatan itu, turut terlibat dalam nahas tersebut, dia terus menghubungi ibunya bagi mendapatkan kepastian.

    Walaupun dimaklumkan bahawa abangnya tidak terlibat, Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu dan dia terus bergegas ke rumah ibu saudaranya.

    “Apabila mendengar berita itu daripada emak saya, badan saya terus menggigil. Memang sedih sebab dia selalu datang ke rumah saya dan banyak bercerita dengan saya,” katanya kepada pemberita di rumah ibu bapa mendiang Sivasutan di Sitiawan dekat Manjung malam tadi.

    Sivanesan berkata dia juga terkenangkan sikap Sivasutan, anak kedua daripada tiga beradik, yang sering memberi peringatan kepadanya supaya jangan cepat mengalah dalam mengejar cita-cita.

    “Dulu saya suka dengan unit beruniform tetapi lama-kelamaan, saya lebih gemarkan bidang pelancongan.

    “Mendiang selalu cakap kalau suka sesuatu itu, pastikan bekerja keras sehingga dapat dan akhirnya saya berjaya juga dapatkan diploma dalam bidang pengurusan pelancongan,” katanya.

    Dia juga berkata ibu bapa mendiang Sivasutan, R. Paramesvary, 60, dan M. Thanjappan, 61, masih menangis kerana tidak dapat menerima kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka, yang baru melangsungkan perkahwinan pada Januari lepas.

    ALSO READ:  Rugby-Scotland fitness could be a World Cup factor

    Sivanesan berkata isteri abang sepupunya itu, yang dikenali sebagai Tharshini, 31, adalah seorang doktor gigi manakala adik perempuan dan kakak mendiang kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi proses bezah siasat.

    Dia turut memaklumkan jasad Sivasutan akan dibawa pulang ke rumahnya di Manjung untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke tanah perkuburan di Sitiawan untuk dibakar.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts