Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAhli PAS sertai Amanah kerana takut kalah, dakwa Hadi

    Ahli PAS sertai Amanah kerana takut kalah, dakwa Hadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK JOHOR | Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mendakwa tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menyertai Amanah adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya.

    Berucap dalam Ceramah Perdana PN Johor malam tadi, Abdul Hadi turut menyifatkan mereka sebagai lemah semangat sehingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan PAS.

    “Terdapat kalangan PAS yang lemah semangat, yang lemah semangat dan sayang nak tinggalkan DAP. Takut tak menang pilihan raya.

    “(Orang) Yang takut tak menang itu yang masuk parti Amanah ini dan yang ikut parti Amanah ini (adalah) kerana nak menang pilihan raya.

    “Sanggup meninggalkan prinsip dasar perjuangan (PAS),” katanya di Markas PAS Kawasan Bakri, Muar, malam tadi.

    PAS-PN dalam usaha mereka merampas dua kerusi yang ditinggalkan Allahyarham Salahuddin Ayub iaitu kawasan parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

    PN meletakkan Timbalan Ketua Bersatu Pulai, Zulkifli Jaafar sebagai calon dalam PRK peringkat kerusi parlimen, manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mohd Mazri Yahya, di DUN Simpang Jeram.

    Parti kerajaan pula menamakan bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat, untuk PRK Pulai, manakala Timbalan Ketua Amanah Bakri, Nazri Abdul Rahman di peringkat DUN.

    Kedua-dua calon dari parti kerajaan adalah ahli Amanah.

    Abdul Hadi juga mendakwa keengganan DAP menerima hukum hudud mendorong PAS menggerakkan usaha menukar kerajaan ketika PH – yang mendapat mandat daripada pengundi pada 2018 – mentadbir negara.

    Kata ahli parlimen Marang itu dia kemudian berjumpa Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi perdana Menteri untuk bertanyakan keadaan dalam kerajaan.

    “Tun (Mahathir) kata, saya tak sangka jadi begini. Tak tahu apa nak jadi (apabila) orang Islam tak memimpin, Melayu tak memimpin.

    ALSO READ:  Nyah warta Bukit Cherakah: Mahkamah tangguh keputusan rayuan NGO

    “Saya kata, Tun, kita usahakan… satukan ahli parlimen Melayu, bumiputera, (masukkan juga) Cina dan India yang tak ekstrem bergabung.

    “Cukup jumlah kita ubah kerajaan. Maka berjayakah kita ambil kerajaan,” katanya menceritakan mengenai insiden Langkah Sheraton yang berlaku pada akhir Feb 2020 lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts