Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAhli politik Bangladesh: Nyawa saya terancam jika dihantar pulang

    Ahli politik Bangladesh: Nyawa saya terancam jika dihantar pulang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli politik pembangkang Bangladesh MA Quayum berkata nyawa dan keselamatannya dalam bahaya jika dia dihantar pulang ke negara asalnya.

    Quayum yang kini menjadi pelarian berkata demikian dalam afidavitnya untuk menyokong permohonannya bagi mendapatkan perintah larangan ke atas Menteri dalam Negeri dan dua pihak lagi daripada menghantarnya pulang.

    Sebelum ini dia turut membuat permohonan habeas corpus – dijadual didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada 3 Julai ini – bagi mencabar apa yang didakwanya sebagai penahanan salah oleh imigresen. Dia bagaimanapun telah dibebaskan buat sementara.

    “Saya ingin menegaskan di sini sekiranya saya dihantar pulang ke Bangladesh, nyawa dan keselamatan saya akan terancam dengan teruk kerana saya merupakan seorang ketua ahli politik pembangkang dari BNP, terutama dalam konteks politik Bangladesh yang sedang bergejolak buat masa ini.

    “Saya sesungguhnya menyatakan bahawa dari 1981 sehingga kini, penganiayaan politik terhadap ahli-ahli politik dari parti pembangkang telah berlaku secara berterusan.

    Dia juga mendakwa penindasan politik yang dilakukan kerajaan Bangladesh terhadapnya bermula sejak dia pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum iaitu pada 2008, dengan 60 kes telah difailkan oleh kerajaan terhadapnya.

    Sejak akhir 2008, katanya lagi, untuk menjatuhkan BNP dan dirinya selaku pemimpin pembangkang, kerajaan AL bukan saja memfailkan kes bermotifkan politik terhadapnya, malah pihak berkuasa sentiasa mengganggu keluarganya.

    “Terdapat beberapa kali di mana pihak penguatkuasa telah membuat serbuan di rumah saya dan saya bersama keluarga saya terpaksa meninggal rumah dalam tengah malam.

    “Saya sesungguhnya menyatakan apabila kerajaan AL mengambil tindakan bagi membungkam suara-suara yang bertentangan dengan kerajaan, saya dapati saya telah menjadi sasaran mereka.

    “Memandangkan penganiayaan politik oleh kerajaan AL berlaku secara berterusan dan semakin agresif, pada awal 2015, demi keselamatan saya dan keluarga, saya

    ALSO READ:  MP Rompin: Ada broker cuba pujuk saya sokong Kerajaan Perpaduan

    terpaksa meninggalkan negara asal sendiri,” katanya lagi.

    Pendengaran semakan kehakiman ditangguh

    Quayum telah menjadi pelarian di Malaysia sejak 2015 menerusi program Malaysia My Second Home.

    Namun pada 12 Januari lalu, dia ditahan dalam satu operasi bersama polis dan badan perisikan Bangladesh di kediamannya di Ampang, Selangor.

    NGO hak asasi manusia Suaram sebelum ini mendakwa permintaan untuk menahan Quayum adalah sebahagian daripada tindakan keras kerajaan Bangladesh terhadap pembangkang.

    Salinan semakan kehakiman telah diserahkan kepada Menteri dan dua lagi responden, iaitu ketua pengarah imigresen dan kerajaan Malaysia.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts