Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Ahli Umno Pahang serah pada pimpinan tentukan calon PRK Pelangai'

    ‘Ahli Umno Pahang serah pada pimpinan tentukan calon PRK Pelangai’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Umno bersetuju untuk menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dalam soal pengundian calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Pelangai, kata Pengerusi Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

    Wan Rosdy berkata persetujuan itu dicapai ketika permukiman Umno Pahang di Institut Latihan Umno (Ilmu) di Janda Baik baru-baru ini.

    “Di akhir permukiman kita telah setuju supaya menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon dan mereka (ahli) akan setuju.

    “Ini bukan sahaja setakat ucapan, malah mereka juga bersetuju untuk berbaiah akan menyokong sesiapa saja calon yang akan ditentukan pucuk pimpinan,” katanya dalam sidang media di Kuantan, hari ini.

    Wan Rosdy yang juga Menteri besar Pahang berkata demikian ketika ditanya kemungkinan ada ahli Umno yang akan bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK Pelangai pada bulan depan.

    Sebelum ini, bekas ketua penerangan Umno Bentong Haslihelmy DM Zulhasli menjadi individu pertama mengambil borang pencalonan untuk PRK Pelangai di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang.

    Bekas Adun Pelangai Allahyarham Johari Harun

    Haslihelmy yang aktif sebagai presiden Persatuan Suara Anak Muda Pahang (PSAP) pernah menawarkan diri bertanding sebagai ketua Pemuda Umno Bentong pada pengundian Umno awal tahun ini.

    Dalam pada itu, Wan Rosdy menegaskan Umno Pahang tidak pernah memandang mudah cabaran untuk mempertahankan kerusi DUN berkenaan dan akan bekerja keras untuk memastikan ia kekal menjadi kubu BN.

    “Kita (BN) dalam keadaan macam mana sekali pun, kita akan terus bekerja kuat dan tidak ambil mudah,” katanya ringkas.

    Dia juga memaklumkan pengumuman nama calon bagi PRK tersebut akan dibuat lebih awal berbanding 17 September yang diumumkan sebelum ini.

    Katanya, setakat ini enam nama yang berpotensi menang sudah dalam pertimbangan BN Pahang dan sedang dinilai sebelum keputusan muktamad dibuat.

    ALSO READ:  LANGSUNG | Pengiraan undi PRK Pelangai bermula

    “Perbincangan bersama Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang diusahakan bagi mendapatkan persetujuan sebelum watikah dikeluarkan,” katanya lagi.

    PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Johari Harun.

    Pada 17 Ogos lalu, Johari antara 10 individu terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

    Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; calon PH Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts