Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAidilfitri: Baju Melayu kian popular di selatan Thailand

    Aidilfitri: Baju Melayu kian popular di selatan Thailand

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam kesibukan menyediakan kelengkapan menjelang hari lebaran, masyarakat Islam di selatan Thailand khususnya golongan muda tetap tidak lupa dengan pilihan fesyen pakaian tradisional.

    Selain jubah dan kurta, baju Melayu pelbagai warna kini semakin mendapat sambutan di sana, termasuk yang dihasilkan pereka tempatan.

    Melihat trend ini, seorang pereka tempatan dan pencinta busana Melayu di Narathiwat, Muhammad Sabri Jehloh, 48, mendapat ilham untuk menghasilkan jenama sendiri iaitu “Bustani” untuk memenuhi permintaan anak muda tempatan sempena sambutan Aidilfitri ini.

    “Bustani dari Pattani untuk Pattani. Ia adalah kebanggaan orang Pattani dan merupakan satu jenama eksklusif dan setanding dengan jenama-jenama lain di pasaran,” kata Muhammad Sabri kepada Bernama baru-baru ini.

    Dia berkata, bustani dalam bahasa Arab bermaksud “kebun” dan dalam konotasi rekaan baju Melayunya, membawa maksud sebuah tempat berteduh dan berhimpun untuk masyarakat Pattani.

    “Inspirasi pertama untuk kita buat baju Melayu sendiri ialah kita tengok tiap-tiap tahun di Pattani pada raya ketiga, terdapatnya perhimpunan yang dihadiri antara 10,000 hingga 15,000 pemuda-pemudi yang menggayakan baju Melayu.

    Jadi saya tengok di situ kenapakah kita tidak mengambil peluang untuk mendapatkan hasil dari situ,” katanya.

    Sabri berkata 10 peratus daripada untung jualan akan disumbangkan kepada Tabung Palestin dan 20 peratus lagi akan digunakan untuk mewujudkan bengkel kemahiran jahitan khas untuk ibu tunggal di kawasan ini.

    Sementara itu, seorang peniaga pakaian tradisional Melayu dan tanjak di Pattani, Ku Abdullah bin Ku Rambli, 32, berkata dia kini sedang mendalami pengetahuan mengenai busana Melayu dari Malaysia.

    “Kita orang Melayu kena jaga asas Melayu termasuk pakaian tradisional masyarakat Melayu. Terdapat minat yang amat meluas terhadap tanjak dalam dua tahun kebelakangan ini sehingga pembuat tanjak tidak sempat siapkan tempahan,” katanya.

    ALSO READ:  Sarawak akan terokai potensi luar biasa AI - Abang Johari

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts