Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAidilfitri: Orang ramai diingat utamakan keselamatan elektrik dan gas

    Aidilfitri: Orang ramai diingat utamakan keselamatan elektrik dan gas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

    Suruhanjaya Tenaga (ST) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bagi keselamatan elektrik, orang ramai disaran memastikan pendawaian elektrik di rumah adalah selamat dengan cara melakukan uji perananti arus baki (PAB) dengan menekan butang uji “T” sekurang-kurangnya sekali sebulan.

    “Jika PAB berfungsi dengan baik, ia akan terpelantik dan bekalan elektrik terputus serta-merta. Dapatkan perkhidmatan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST untuk menggantikan PAB yang tidak berfungsi.

    “Selain itu, sila pastikan wayar kelengkapan elektrik tidak koyak atau terdedah sebelum digunakan, tangan dalam keadaan kering semasa menggunakan kelengkapan elektrik,” menurut kenyataan itu.

    ST turut mengingatkan agar orang ramai menggunakan kelengkapan elektrik dan lampu hiasan dengan label keselamatan ST-SIRIM, manakala suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya pulang ke kampung atau bercuti.

    Orang ramai juga diingatkan agar mengelakkan soket terbeban dengan menggunakan kelengkapan elektrik yang berlebihan dan elak menggantung perhiasan perayaan pada tiang elektrik serta tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas.

    Bagi keselamatan gas pula, ST menyarankan agar orang ramai memastikan dapur gas memasak dalam keadaan selamat dengan mengguna perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM dan mengadakan bukaan pengudaraan secukupnya di kawasan dapur memasak.

    “Sekiranya mengesan bau kebocoran gas di kawasan dapur memasak, buka tingkap atau pintu untuk menggalakkan pengudaraan di kawasan terbabit, tidak membuka atau tutup suis di kawasan itu dan cari kebocoran gas dengan menggunakan alat pengesan kebocoran gas atau buih sabun dan baiki dengan segera,” menurut kenyataan itu.

    ST menasihati pengguna supaya tidak meninggalkan dapur gas memasak ketika digunakan tanpa pengawasan sepenuhnya dan pastikan injap silinder gas ditutup sekiranya ingin pulang ke kampung atau bercuti.

    ALSO READ:  Kosovo still 'highly volatile' after May clashes - NATO commander

    “Dapatkan perkhidmatan kontraktor gas yang berdaftar dengan ST untuk sebarang kerja pembaikan gas berpaip di rumah,” menurut kenyataan itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts