Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAir Kelantan: Pusat mungkin rombak, ambil alih AKSB jika perlu

    Air Kelantan: Pusat mungkin rombak, ambil alih AKSB jika perlu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Jika masalah air di Kelantan semakin teruk manakala usaha untuk menyelesaikan masalah tidak berhasil, kerajaan persekutuan mungkin akan mengambil alih urusan tersebut jika mendapat kerjasama syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
    Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan mekanisme itu diambil menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia).
    Namun jelas Nik Nazmi tindakan itu adalah jalan terakhir yang akan diambil Putrajaya untuk memastikan rakyat Kelantan mendapat bekalan air yang sepatutnya.
    Ketika ini katanya keadaan belum sampai ke tahap tersebut.
    “Susulan pertemuan dengan kerajaan Sabah, Kelantan dengan kerajaan perpaduan, kami melihat projek yang perlu diberi keutamaan dan akan ada projek jangka masa pendek dan sederhana yang akan dilakukan bagi keperluan mendesak.
    “Namun pilihan untuk merombak AKSB, kerajaan tidak menolak (kemungkinan itu) kerana bekas menteri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini pun memaklumkan kegagalan pengurusan AKSB dari segi tadbir urus dan kewangan.
    “Jadi melalui Wasia, kerajaan ada pilihan berkenaan dan kita tidak menolak sekiranya pendekatan lain yang diambil untuk menyelesaikan masalah air tidak berhasil dan tidak mendapat kerjasama dari AKSB dan kerajaan negeri,” katanya.
    Nik Nazmi yang juga Pengerusi PKR Kelantan berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah kelompok di Pasir Pekan, Kota Bharu, malam tadi.
    Terdahulu PN dalam manifesto pilihan raya negeri (PRN) Kelantan turut memberi komitmen mereka untuk menyelesaikan masalah air yang membelenggu negeri itu sejak sekian lama.
    Bagaimanapun tiada penjelasan terperinci mengenai langkah-langkah yang akan dilaksanakan gabungan itu melainkan cadangan melakukan penjenamaan semula AKBS.
    Nik Nazmi berkata kaedah mengambil alih AKSB itu adalah pilihan yang terakhir dan ia perlu dilihat secara terperinci apabila tiba masanya.
    “Jika keadaan semakin kritikal, kerajaan pusat akan lihat sama ada perlu rombakan atau perlu diambil alih. Setakat ini kita belum lagi sampai ke tahap itu,” jelasnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts