Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAir S'gor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta mulai 2031

    Air S’gor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta mulai 2031

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    SIDANG DUN | Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dimaklumkan bahawa Air Selangor dijadualkan untuk membayar balik pinjaman sebanyak RM248.7 juta bermula tahun 2031.

    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan bahawa pembayaran tersebut akan dilakukan dalam tempoh 20 tahun, bermula selepas 10 tahun dari tarikh permulaan pembiayaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri.

    Amirudin menjelaskan bahawa pinjaman tersebut adalah untuk pelaksanaan projek penggantian paip air lama di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

    “Dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan sebelum ini, pinjaman tersebut akan dibayar semula secara ansuran selama 20 tahun, bermula selepas 10 tahun dari tarikh pembiayaan pertama,” katanya.

    “Jadual bayaran balik akan bermula pada tahun 2031 hingga 2046, dengan ansuran pertama sebanyak RM7.175 juta pada tahun 2031, diikuti dengan RM12.435 juta setiap tahun dari 2032 hingga 2046,” jelas beliau.

    Amirudin menjawab pertanyaan Datuk Harrison Hassan (PN-Jeram) berkenaan Laporan Ketua Audit Negara yang mengemukakan isu bayaran pinjaman sejumlah RM248.7 juta oleh Air Selangor.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts