Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAir tiada di Paloh, Gua Musang sebab gangguan bekalan elektrik - AKSB

    Air tiada di Paloh, Gua Musang sebab gangguan bekalan elektrik – AKSB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memaklumkan gangguan bekalan air yang berlaku di Paloh 3, Gua Musang dan kawasan sekitar berpunca akibat gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air (LRA) Paloh, Gua Musang.

    AKSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan elektrik itu telah memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji, dan sejumlah 100 daripada 371 akaun pengguna telah terlibat di kawasan terbabit.

    Menurut AKSB LRA Paloh 3 yang membekalkan air bersih sebanyak 4 Juta Liter Sehari (JLH) itu dikesan mengalami gangguan bekalan elektrik selama hampir 18 jam bermula 6 hingga 8 April lalu.

    Berikutan masalah itu, AKSB mengambil langkah penyelesaian jangka pendek iaitu menempatkan tangki statik di kawasan bermasalah jika masih berlaku ketiadaan air berterusan.

    “Bagi peranancangan jangka panjang pula pengoperasian loji akan dipanjangkan serta menyediakan sebuah generator khusus untuk musim perayaan,” menurut AKSB.

    Dalam kenyataan sama, AKSB turut memaklumkan gangguan bekalan air yang berlaku di Gunong, Bachok khususnya Taman Putri Saadong dan kawasan sekitar adalah bersifat berkala selain permintaan bekalan air terlalu tinggi pada musim perayaan di seluruh Kelantan.

    “Masalah itu berpunca daripada bekalan air yang diterima LRA Chicha telah menyusut berikutan penerobosan air masin di Sungai Pengkalan Datu, Pasir Tumbuh sehingga menyebabkan melebihi kadar yang dibenarkan iaitu melebihi 250 ppm.

    “Ia menyebabkan pengambilan air mentah melalui telaga jejari Pasir Tumbuh yang membekalkan air mentah ke LRA Chicha terpaksa dikurangkan kepada 10 JLH berbanding pengeluaran asal 15 JLH,” menurut kenyataan itu.

    AKSB memaklumkan kini masing-masing sebuah tangki statik sedang ditempatkan di empat kawasan terjejas iaitu di Pasar Gunong, Taman Puteri Saadong, Taman Hamidah dan Kampung Telaga Ara.

    ALSO READ:  ‘Goldman Sachs cuba alih bayaran AS$250 juta, Malaysia akan bertindak balas’

    “Untuk penyelesaian jangka panjang pula, kawasan liputan berkenaan akan diambil alih oleh LRA Telok selain meningkatkan tekanan air menerusi LRA Jelawat,” menurut kenyataan itu.

    Berikutan itu, pengeluaran air semasa di semua LRA Negeri Kelantan adalah 526 JLH dan unjuran permintaan bekalan air semasa musim perayaan meningkat kepada 622 JLH manakala waktu puncak penggunaan air yang tinggi berlaku pada 8 sehingga 13 April lepas.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts