Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAkan ada lagi MP PN sokong Anwar - Syed Abu ulangi dakwaan

    Akan ada lagi MP PN sokong Anwar – Syed Abu ulangi dakwaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari ini mengulangi kenyataannya bahawa sekurang-kurangnya lapan Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata Ahli Parlimen terbabit dijangka akan mengisytiharkan sokongan berkenaan pada sidang Parlimen akan datang.

    “Masih releven (kenyataan sebelum ini)…menunggu masanya untuk isytihar (sokong Anwar), ada tujuh ke lapan orang.

    “Parlimen belum mula lagi, bila Parlimen mula Februari ini, aktiviti itu bermula balik, mereka tunggu dan lihat apa akan berlaku sepanjang dua bulan ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di Kuala Lumpur hari ini.

    Disember tahun lepas, Syed Abu Hussin mendakwa kira-kira tujuh atau lapan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

    Sebelum ini, Syed Abu Hussin menjadi wakil rakyat pembangkang kelima menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts