Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Akar umbi Umno puas hati penjelasan keputusan Lembaga Pengampunan'

    ‘Akar umbi Umno puas hati penjelasan keputusan Lembaga Pengampunan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Para ketua bahagian Umno berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung sebab bekas perdana Menteri Najib Razak tidak diberi pengampunan penuh.

    Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki selepas sesi taklimat tertutup bersama presiden, Ahmad Zahid Hamidi di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur, hari ini.

    Pada masa sama, Asyraf berkata ketua-ketua bahagian yang hadir juga sebulat suara setuju dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meneruskan usaha mendapatkan pengampunan penuh untuk Najib.

    “Kesemua pimpinan sepakat bersatu hati meneruskan usaha pembelaan terhadap Najib.

    “(Pada masa sama) kita menghormati keputusan dibuat kerana Perlembagaan menyatakan ini (pengampunan) kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa,” katanya ketika ditemui pemberita.

    Asyraf turut menggesa semua pihak agar tidak lagi mempertikaikan keputusan yang telah dibuat Lembaga Pengampunan.

    Pada Jumaat lalu, Lembaga Pengampunan secara rasmi mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan dari 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM120 juta kepada RM50 juta.

    Hari ini Umno mengadakan perjumpaan tertutup bersama-sama kepimpinan bahagian dan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bagi menjelaskan keputusan mesyuarat khas MKT yang diadakan semalam.

    Seramai 145 ketua daripada 191 bahagian hadir.

    Tidak jelas butiran penjelasan yang diberikan Zahid dalam sesi tersebut yang berjalan kira-kira dua jam.

    Namun, Ahli MKT Umno Ahmad Maslan berkata Zahid – yang juga timbalan perdana Menteri – telah berusaha sebaiknya untuk mendapatkan pengampunan penuh untuk Najib.

    Semalam, seorang lagi ahli MKT, Lokman Adam berkata Umno akan meneruskan usaha bagi mendapatkan pengampunan diraja untuk Najib dengan membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong yang baru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    ALSO READ:  PSM bidas tindakan polis panggil 3 pemimpinnya beri keterangan

    Antara pemimpin Umno yang hadir pada perjumpaan petang tadi ialah naib presiden Wan Rosdy Wan Ismail dan ketua Wanita Noraini Ahmad.

    Turut hadir adalah ahli MKT termasuk Ahmad, Bung Moktar Radin, Ahmad Said, Azalina Othman Said serta Pengerusi Umno Johor Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.

    Turut kelihatan adalah anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts