Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAkaun dibeku: Aman Palestin heret SPRM ke mahkamah

    Akaun dibeku: Aman Palestin heret SPRM ke mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Aman Palestin Berhad telah mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan SPRM untuk membekukan 41 akaun bank miliknya dan entiti syarikat lain yang melibatkan jumlah wang sebanyak RM15 juta.

    Peguam yang mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali menyatakan bahawa pihaknya telah mengemukakan permohonan semakan kehakiman (ex parte) terhadap SPRM dan Kerajaan Malaysia.

    “Sehingga kini, kami telah menghantar dua surat kepada SPRM pada 27 November 2023 dan 9 Januari 2024 untuk merayu dan meminta pertimbangan bagi membekukan akaun-akaun Aman Palestin demi menyokong bantuan kewangan kepada mangsa keganasan peranang di Palestin.

    “SPRM tidak memberi sebarang jawapan. Krisis kemanusiaan semakin meruncing dan ratusan nyawa melayang setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pembekuan akaun badan amal untuk Palestin itu dilakukan berhubung siasatan penyelewengan wang derma dan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Pengganas danHasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanunsyariah (Akta 574).

    “SPRM juga telah merekodkan beberapa keterangan saksi-saksi penting dan hasil siasatan awal telah mengenal pasti beberapa isu berkaitan penyelewengan dana yang dilaporkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan untuk tujuan lain selain daripada objektif penubuhan syarikat tersebut,” kata SPRM pada 23 November yang lalu.

    Aman Palestin ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan dan mengumpul dana bagi rakyat Palestin yang terjejas akibat pendudukan Israel.

    Dalam perkembangan berkaitan, Aman Palestin hari ini mengutip statistik kematian akibat konflik di Gaza yang mencapai 26,751 orang dengan 10,000 mangsa kanak-kanak, manakala 65,636 orang lagi cedera.

    “Bantuan kemanusiaan dan kempen yang berterusan perlu dikekalkan, tidak kira apa jua keadaannya,” tegasnya.

    ALSO READ:  Kamarul Zaman tarik balik saman pada Yeoh

    “Aman Palestin Berhad mempercayai sistem kehakiman untuk mencapai kebenaran dan juga sebagai langkah untuk membersihkan nama mereka daripada fitnah dan tuduhan palsu mengenai penyelewengan jumlah RM70 juta (yang telah disangkal),” kata Rafique Rashid (gambar atas) lagi.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts