Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAkaun Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang kena godam

    Akaun Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang kena godam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Paparan imej dan video lucah pada akaun Facebook milik salah seorang Adun Kelantan menjadi tular dan menarik perhatian orang ramai hari ini.

    Akaun Pusat Khidmat DUN Kijang yang mempunyai lebih 25,000 pengikut itu didapati memuat naik banyak gambar atau video pendek mencolok mata dengan kemas kini terkini – setakat berita ini ditulis – dibuat tengah hari tadi.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, Adun Kijang, Izani Husin, mengesahkan akuan Facebook pusat khidmatnya itu digodam pihak tidak bertanggungjawab.

    Menurutnya perkara itu disedari berlaku sejak sebulan lalu dan usaha untuk menyelamatkan akaun tersebut belum berjaya setakat ini.

    “Ya digodam. Kami dah buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya hari ini.

    Sementara itu seorang pegawai kepada exco kerjaraya, infrastruktur, air dan pembangunan luar bandar Kelantan itu berkata, akaun tersebut pada asalnya diurus oleh beberapa kakitangan pejabat DUN Kijang.

    Namun kata pegawai terbabit kesemua mereka tidak lagi mempunyai akses terhadap akaun Facebook tersebut selepas ia digodam.

    “Susulan itu kami buka satu akaun Facebook baru dengan nama yang sama,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts