Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAkmal jawab bos Mydin: Soal akidah lebih utama dari jaga taikun

    Akmal jawab bos Mydin: Soal akidah lebih utama dari jaga taikun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh mengingatkan pemilik pasar raya Mydin, Ameer Ali Mydin bahawa isu kalimah Allah adalah isu akidah yang melebihi daripada kepentingan untuk menjaga ekonomi golongan kaya.

    Bahkan katanya, Pemuda Umno akan melakukan tindakan yang sama iaitu memboikot Mydin jika mereka menjual stoking tertera kalimah Allah seperti mana dilakukan KK Mart.

    “Ini bukan kali pertama, ini bukan kali kedua, ini dah banyak kali berlaku dan kali ini menyakitkan hati umat Islam dalam negara ini. Jadi, apakah salahnya jika tindakan tegas iaitu dengan boikot ini dikenakan kepada petualang-petualang ini.

    “Ini isu akidah sebenarnya Datuk Ameer, saya nak bagi tahu jauh lebih hebat, jauh lebih utama daripada bercakap soal keuntungan ekonomi semata-mata.

    “Adakah (cukup) dengan hanya minta maaf, buat salah minta maaf, lepas tu kita sudah berpuas hati disebabkan kita nak jaga ekonomi, nak jaga taikun-taikun ini.

    “Ini bukan isu mengenai KK Mart, ini bukan isu Cina ataupun tidak, ini isu KK Mart telah menghina orang Islam. Jadi tindakan tegas perlu diambil oleh orang Islam dalam negara ini,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

    Semalam, pemilik pasar raya Mydin itu dilapor mengkritik tindakan Akmal yang menurutnya “mengeksploitasi” isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

    “Dia nak heboh-hebohkan lagi buat apa?

    “Sepatutnya parti politik menjauhi isu 3R, kalau dah terjadi kita tak mahu bakar lagi…letak minyak tanah lagi,” kata Ameer dipetik Free Malaysia Today.

    Dalam pada itu Akmal berkata, apa yang dilakukan oleh Pemuda Umno adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam.

    Katanya mempertahankan kesucian Islam jauh lebih utama berbanding mempertahankan ekonomi pihak tertentu.

    ALSO READ:  Jakim diminta kemuka usul isu pengislaman sepihak ke j'kuasa khas

    “Saya nak bagi tahu juga Datuk Ameer, jika perkara ini berlaku dalam Mydin sekali pun kita akan melakukan perkara sama juga kepada Mydin.

    “Jadi apa salahnya jika tindakan tegas iaitu dengan boikot ini dikenakan kepada petualang-petualang ini,” katanya lagi.

    Menjawab kritikan bekas Menteri Rafidah Aziz, Akmal menjelaskan tindakan diambil Pemuda Umno adalah ekspresi bantahan umat Islam apabila agama Islam dipersenda.

    Katanya, walaupun Zaman Rasulullah SAW pendekatan lembur diambil seperti mana dakwaan Rafidah, namun tiada kompromi bila agama Islam dihina.

    “Betul Tan Sri (Rafidah) mendakwa zaman Rasulullah pendekatan yang lembut telah dilakukan, tetapi kena ingat apabila agama mereka dihina zaman itu tiada kemaafan,” tambah Akmal.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts