Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAkmal patut berhujah, jangan 'marah-marah' - Prof Rom Nain

    Akmal patut berhujah, jangan 'marah-marah' – Prof Rom Nain

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Langkah Akmal itu susulan artikel Sia yang melabelkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai “akademi apartheid”

    Zaharom Nain, seorang profesor kajian media dan komunikasi (gambar bawah) berkata mereka yang tidak bersetuju dengan kandungan artikel itu perlu menyediakan pandangan alternatif.

    “Sia mengatakan sesuatu yang telah mencetuskan kemarahan (set the cat among the pigeons) dengan menulis satu pendapat polemik, dalam kecenderungan sebahagian besar artikelnya itu.

    “Kita, sebaliknya, sepatutnya melihatnya dari segi itu dan, jika kita berasa sangat menentang pendapatnya, libatkan dia, cabar dia dengan pandangan alternatif. Inilah cara wacana beradab oleh individu yang matang.

    “Kita tidak sepatutnya menunjukkan kemarahan terhadapnya (go screaming blue murder) dan membuat ugutan dan laporan polis kerana itu adalah cara kekanak-kanakan, pengecut, pembuli dan samseng,” tambahnya.

    Zaharom juga menggesa Akmal melatih fokusnya terhadap soalan yang lebih penting.

    “Dalam hal ini, orang seperti Akmal harus benar-benar menyalurkan tenaga dan kebimbangan mereka kepada persoalan mengapa selepas 53 tahun DEB (Dasar Ekonomi Baru) dan walaupun dengan institusi seperti UiTM, bumiputera masih membentuk majoriti B40?

    “Berapa banyak yang telah beliau lakukan selama ini untuk rakyat Malaysia miskin yang masih ada ini?

    “Ironisnya, dia dan seangkatan dengannya adalah orang yang bermati-matian cuba mengeluarkan bekas bosnya dari penjara kerana melakukan jenayah keji mencuri berjuta-juta, mungkin berbilion-bilion ringgit, daripada kita semua,” katanya merujuk kepada sabitan dan perbicaraan kes terhadap bekas perdana Menteri Najib Razak.

    “(Ini) merupakan keceluparan yang wajib diajar,” tegas exco kerajaan Melaka itu lagi.

    Dengan menuduh UiTM sebagai institusi aparteid, katanya, Sia telah menghina legasi institusi pendidikan bumiputera dan menyakiti orang Melayu.

    Menegaskan institusi pengajian tinggi (IPT) itu ditubuhkan untuk membantu bumiputera mengejar pendidikan dan bukan untuk menindas sesiapa, Akmal berkata, di negara ini sekolah vernakular juga diberikan peruntukan oleh kerajaan

    ALSO READ:  Mangsa banjir di K'tan, T'ganu berkurangan

    Terdahulu, seorang lagi ahli akademik, Profesor Tajuddin Rasdi menjelaskan bagaimana istilah “apartheid” digunakan untuk menggambarkan dasar diskriminasi secara umum.11

    “Kalau seseorang itu menggunakan sesuatu perkataan, ia ada satu maksud yang khusus.

    “Tetapi kalau kita menambah-nambahkan, mengandai-andaikan perkataan itu, maka ia boleh menjadi sesuatu yang besar,” katanya.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts