Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAKSB sedia pelan kesiapsiagaan jamin bekalan air pada hari raya

    AKSB sedia pelan kesiapsiagaan jamin bekalan air pada hari raya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) menyediakan beberapa pelan tindakan kesiapsiagaan bagi menjamin kelangsungan bekalan air di Negeri itu agar tidak terjejas, susulan orang ramai akan meraikan Aidilfitri tidak lama lagi.

    AKSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan melalui pelan berkenaan AKSB menyediakan 12 buah lori tangki air untuk dibekalkan ke tangki statik ke kawasan terjejas.

    Berikutan itu, terdapat 396 buah tangki statik disediakan di kawasan terjejas bagi seluruh jajahan.

    “Turut dimaklumkan terdapat 27 buah lori kontrak lagi disediakan bagi tujuan sama ke kawasan yang terjejas bermula 9 pagi hingga 6 petang.

    “Selain itu, AKSB turut menyenaraikan termasuk menyediakan 14 pasukan pembaikian paip bocor, 12 pasukan pembaikan kontraktor dan satu pasukan utama diketuai oleh pengurus jajahan,” menurut kenyataan itu hari ini.

    AKSB turut memaklumkan, operasi talian aduan (PINTAS) – 15777 dibuka pada hari biasa dari 8 pagi hingga 10 malam manakala untuk raya pertama dan kedua bermula 10.30 pagi hingga 10 malam.

    Susulan itu, AKSB memaklumkan terdapat 44 buah Loji Rawatan Air (LRA) beroperasi di seluruh jajahan bagi membekalkan air bersih kepada 275,022 akaun pengguna di seluruh Negeri Kelantan.

    “Pengeluaran air semasa di semua LRA adalah 526 Juta Liter Sehari (JLH) dan unjuran permintaan bekalan air semasa musim perayaan dijangka meningkat kepada 622 JLH.

    “Waktu puncak penggunaan atau permintaan air yang tinggi dijangka bermula pada 8 hingga 13 April ini,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts