Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan untuk selamatkan k'jaan lemah'

    ‘Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan untuk selamatkan k’jaan lemah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gerakan menyatakan sokongan parti itu terhadap penggubalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap (FTPA) bagi membolehkan seseorang wakil rakyat yang memenangi pilihan raya berkhidmat penuh sepenggal.

    Bagaimanapun, dari satu sisi Gerakan berpendapat penggubalan FTPA itu menunjukkan kerajaan seolah-olah mahu bergantung kepada akta tersebut bagi menstabilkan apa yang disebutnya sebagai “kerajaan yang lemah”.

    Bercakap kepada Malaysiakini, Presiden Gerakan, Dominic Lau, berkata alasan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said mengenai rasional FTPA adalah tidak wajar.

    “Saya rasa cadangan Azalina dan Ahmad Zahid untuk mewujudkan FTPA bertujuan untuk menyokong kerajaan yang lemah, dan (cara) itu salah.

    “Saya fikir ia tidak sepatutnya dilakukan dengan cara itu… sebab saya percaya kerajaan harus meyakinkan rakyat dan menstabilkan kedudukannya berdasarkan prestasi serta pencapaiannya sendiri, (cara itu) yang lebih sesuai,” katanya.

    Baru-baru ini Ahmad Zahid mencadangkan supaya satu rang undang-undang diperkenalkan untuk memastikan kerajaan atau sesebuah gabungan parti yang membentuk kerajaan dibenarkan berkhidmat untuk tempoh penggal penuh.

    Ahmad Zahid Hamidi

    Kata Presiden Umno itu langkah tersebut dapat mengelak negara daripada terjerumus ke dalam konflik politik tidak berpenghujung seperti yang berlaku sejak PRU ke-14 lalu.

    Beberapa pemimpin kerajaan, termasuk Azalina, kemudian menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.

    PRU pada 2018 itu menyaksikan PH berjaya mendapat mandat untuk menjadi kerajaan namun kira-kira dua tahun kemudian ia dijatuhkan dengan langkah yang diambil oleh salah satu parti komponen dalam gabungan berkenaan, Bersatu, serta disokong oleh 11 ahli parlimen PKR.

    Mereka kemudian diberikan dukungan oleh Umno-BN serta PAS untuk membentuk kerajaan baru di luar PRU.

    ALSO READ:  KPN: Siasatan Roger Ng tumpu penjualan bon dipercayai guna dana 1MDB

    Sumber kena adil buat semua

    Namun ia tidak berpanjangan apabila Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, yang dilantik sebagai perdana Menteri baru terpaksa meletak jawatan apabila hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

    Ia menyaksikan salah seorang naib presiden Umno ketika itu, Ismail Sabri Yaakob, dilantik menjadi perdana Menteri baru.

    Menjelaskan sokongannya, Lau berkata, FTPA patut digubal hanya untuk mengekalkan tempoh khidmat seseorang ahli parlimen untuk menyelesaikan tanggungjawab mereka selama lima tahun, bukannya sesebuah kerajaan.

    “Itu yang saya sokong.

    “Dalam tempoh lima tahun itu, saya mesti tegaskan bahawa, beberapa perkara perlu disediakan untuk parlimen ini – (iaitu) sumber dan kuasa yang mencukupi,” katanya.

    Salah satu peruntukan yang mesti ada dalam akta itu, kata Lau, ialah prosedur undi percaya yang diubah suai bagi membolehkan ahli parlimen memulakan usul seumpamanya tanpa dikawal oleh speaker Dewan Rakyat.

    “Jika ada undi tidak percaya terhadap perdana Menteri, pada masa ini speaker yang memutuskan sama ada ia boleh diterima atau tidak.

    “Saya fikir ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

    Lau yang juga anggota Dewan Negara menambah, jika FTPA mahu dilaksanakan dan wakil rakyat diberikan tempoh yang sepatutnya untuk berkhidmat, sesuatu usul undi tidak percaya perlu diterima jika ia mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya satu per empat ahli Dewan Rakyat.

    “Ramai orang mungkin bertanya kepada saya sama ada menukar kerajaan masih boleh dilakukan atau tidak. Ya masih boleh.

    “(FTPA) tidak semestinya terpakai kepada kerajaan.

    “Jika prestasi anda lemah, jika anda tidak dapat menunaikan janji, maka 222 ahli Dewan Rakyat yang dipilih itu harus memutuskan sama ada anda boleh terus menjadi perdana Menteri atau sebaliknya, atau pertukaran kerajaan diperlukan,” katanya.

    ALSO READ:  PDRM umum pertukaran 45 pegawai kanan

    Sementara itu, Lau berkata FTPA juga perlu menyediakan peruntukan sumber yang adil kepada semua ahli parlimen termasuk dalam kalangan pembangkang.

    “Pada masa ini, nampaknya (Perdana Menteri) Anwar (Ibrahim) sebagai contoh, hanya menyediakan sumber kepada ahli parlimen kerajaan. Ahli parlimen pembangkang tidak menerima apa-apa. Jadi, saya rasa ini tidak adil.

    “Sekiranya kita ingin mempunyai FTPA, perlu ada peruntukan dana yang adil kepada semua ahli parlimen,” katanya.

    [Baca laporan asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts