Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Akta parlimen berpenggal tetap tak bermaksud PM tak boleh diganti'

    ‘Akta parlimen berpenggal tetap tak bermaksud PM tak boleh diganti’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang ahli parlimen PKR menegaskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap yang hangat diperkatakan pada masa ini tidak akan memberi kuasa penuh dan mutlak kepada perdana Menteri.

    Bercakap dengan Malaysiakini, Ahli Parlimen Sungai Petani Mohammed Taufiq Johari menjelaskan akta itu hanya terhad dalam memastikan kerajaan dipegang oleh gabungan yang menang dalam PRU.

    “Pertukaran perdana Menteri boleh berlaku, tetapi (digantikan) dalam kalangan parti pemerintah,” katanya.

    Kenyataan itu selepas Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, juga dari PKR, membantah cadangan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk memperkenalkan rang undang-undang (RUU) khas yang akan memastikan kerajaan kekal berkuasa sehingga tamat penggal.

    Menurut laporan FMT, Hassan menyuarakan kebimbangan akta itu akan mewujudkan “pemerintahan bersifat diktator” dan menyifatkan cadangan Zahid tidak sesuai di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, di mana parti atau gabungan yang menang majoriti menjadi kerajaan.

    Cadangan Zahid itu susulan dakwaan ada gerakan untuk menjatuhkan kerajaan oleh pembangkang.

    Terdahulu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menafikan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan namun menyatakan Perlembagaan Persekutuan tidak menghalangnya.

    Taufiq antara sejumlah ahli parlimen kerajaan yang menyuarakan sokongan terhadap cadangan yang dikemukakan Zahid.

    “Ia cadangan yang baik. Saya sokong bagi memastikan kestabilan politik di negara kita.

    “Bila sesebuah kerajaan dipilih, kerajaan itu diberi ruang dan peluang untuk memerintah sehingga habis penggal tersebut.

    “Kedua, rakyat Malaysia perlu tahu (dan tidak perlu berteka-teki) bila tarikh PRU akan diadakan (atau parlimen dibubarkan),” katanya lagi.

    Misalnya, dia berkata jika PRU diadakan pada 1 Januari 2020, maka kerajaan yang ditubuhkan selepas itu akan mentadbir negara selama lima tahun dengan PRU seterusnya diadakan pada 1 Januari 2025.

    ALSO READ:  Iszuree tetap ‘no comment' lepas PAS mohon maaf

    Tiga kebaikan

    Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee menyatakan negara mendapat tiga kebaikan jika parlimen berpenggal tetap, sama seperti yang telah ditunjukkan negara-negara lain.

    “Secara politik, ia akan menamatkan kitaran perubahan kepimpinan yang tidak dijangka, menjamin kestabilan dalam pentadbiran.

    “Secara ekonomi, kestabilan ini amat penting untuk keyakinan pelabur, yang penting bagi menangani penurunan pelaburan langsung asing dan memulakan pertumbuhan ekonomi.

    “Secara sosial, parlimen berpenggal tetap dapat menghentikan pergolakan politik, membolehkan tumpuan diberikan kepada pembangunan sosioekonomi yang terangkum dan menyeluruh,” katanya sambil membangkitkan sistem politik di negara lain seperti Australia, Norway dan Amerika yang mengamalkan penggal tetap atau separa tetap.

    [Berita lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts