Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Akta parlimen penggal tetap gugur kuasa PM tentu tarikh PRU'

    ‘Akta parlimen penggal tetap gugur kuasa PM tentu tarikh PRU’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yang Dipertua Dewan Negara Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpendapat Akta Parlimen Berpenggal Tetap, sekiranya dikuatkuasakan akan menggugurkan kuasa perdana Menteri untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU).

    “Kalau kita tetapkan tarikh PRU dalam masa lima tahun, maknanya kuasa perdana Menteri itu yang kita tarik sebenarnya, iaitu untuk menentukan bila boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mohon baginda membubarkan Dewan Rakyat.

    “Walaupun dalam Perlembagaan mengatakan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa iaitu kuasa yang kedua untuk menangguhkan pembubaran Dewan Rakyat apabila diminta Perdana Menteri, tetapi berapa lama Yang di-Pertuan Agong menangguhkan itu tidak ada disebut,” katanya, lapor Bernama.

    Wan Junaidi berkata banyak negara telah melaksanakan sistem itu yang mengekalkan kerajaan dalam tempoh penggal tertentu justeru ia tidak boleh dianggap sebagai tidak demokratik.

    “Kalau kita lihat ini (parlimen berpenggal tetap) sebagai tidak demokratik, banyak negara di dunia ini (disifatkan sebagai) tidak demokratik sebab penggal (kerajaan) mereka adalah tetap.

    “…bermakna di Amerika Syarikat, Filipina atau Indonesia itu juga (akan dianggap) tidak demokratik sebab penggal (presiden) mereka adalah tetap,” katanya.

    Dia dipetik Bernama berkata demikian pada sesi soal jawab program Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk “Akta Antilompat Parti dan Kestabilan Kerajaan” di Kajang, hari ini.

    Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang diperkenalkan untuk memastikan kerajaan atau sesebuah gabungan parti yang membentuk kerajaan dibenarkan berkhidmat untuk tempoh penggal penuh.

    Kata presiden Umno itu langkah tersebut dapat mengelak negara daripada terjerumus ke dalam konflik politik tidak berpenghujung seperti yang berlaku sejak PRU ke-14 lalu.

    Beberapa pemimpin kerajaan, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said kemudian menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.

    ALSO READ:  National Farmers Organisation suspends general manager over governance misconduct
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts