Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAkta Perkhidmatan Parlimen siap 90 peratus

    Akta Perkhidmatan Parlimen siap 90 peratus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, hari ini, memberi gambaran bahawa draf Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) sudah hampir siap.

    Kata Azalina untuk melaksanakan usaha ke arah pengasingan kuasa itu, pelbagai sesi libat urus dilakukan pada tahun lalu dan tahun ini termasuk membabitkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

    “Jadi, jawapannya di sini memang (akta itu) sudah 90 peratus sedia. Draf undang-undang juga sudah ada,” katanya menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri hari ini.

    Menurut Azalina lagi, ketika ini pihaknya hanya menunggu masa yang sesuai untuk membentangkan rang undang-undang tersebut.

    Chow dalam soalan tambahannya kemudian membangkitkan keperluan penyokong kerajaan dan ahli parlimen pembangkang diberikan peruntukan secukupnya bagi menggaji pegawai penyelidik.

    Menjawab soalan tersebut, Azalina berkata, kerajaan sekarang memang berharap untuk mengembalikan kuasa parlimen untuk menetapkan hala tujunya sendiri, termasuk perkara yang melibatkan semua ahli parlimen.

    “Kita mahu melihat perkara tersebut berlaku di bawah pentadbiran Madani sekarang ini,” tegasnya.

    Pada masa sama, Azalina turut melahirkan harapan agar PSA dapat dibentangkan – dan disokong – bermasa usul pindaan perlembagaan terkait undang-undang kewarganegaraan.

    Pada masa sama ahli parlimen Pengerang itu menyatakan keyakinan bahawa PSA akan mendapat sokongan daripada semua 222 ahli Dewan Rakyat.

    “Saya yakin kerana pindaan ini bukan sahaja untuk rakyat di luar sana tetapi untuk kita semua sebagai ahli parlimen,” katanya.

    Akta Perkhidmatan Parlimen mula digubal pada 1963 iaitu hanya beberapa bulan sebelum pembentukan Malaysia.

    Ia membenarkan parlimen bertindak sebagai badan yang benar-benar bebas bagi menjalankan hal ehwalnya sendiri, termasuk memilih kakitangan dan mengawal perbelanjaan.

    ALSO READ:  Air Kelantan: Pusat mungkin rombak, ambil alih AKSB jika perlu

    Bagaimanapun, ia dimansuhkan pada 1992 sebelum usaha mengembalikannya diletakkan sebagai agenda reformasi utama di bawah pentadbiran sekarang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts