Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAkui rakyat susah, timbalan Menteri ikrar akan bantu

    Akui rakyat susah, timbalan Menteri ikrar akan bantu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh mengakui rakyat susah ekoran harga barang sekarang.

    Disebabkan itu, Fuziah berkata kementeriannya sedang berusaha sedaya upaya melakukan apa saja bagi membantu rakyat hari ini.

    “Saya tidak nafikan berkenaan harga barang hari ini yang begitu mencabar. Saya akui ramai rakyat susah.

    “Sebab itu saya usaha buat apa saja yang saya boleh lakukan dalam ruang lingkup dan juga punca kuasa yang ada pada kementerian. Harap netizen memahami,” katanya dalam hantaran di Facebook.

    Sementara itu, Fuziah juga terus mengulas berhubung “serangan bermotif politik” terhadapnya susulan video tular dia membeli-belah barangan keperluan rumah.

    Dalam video itu, Fuziah membeli barangan seperti biskut, mi segera, sardin, tepung dan minyak masak dengan bajet bawah RM200.

    Video itu sebenarnya dirakam pada Julai lalu apabila Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) terpaksa mengubah suai infografik kontroversinya berhubung kos sara hidup, berikutan kritikan netizen.

    Fuziah hari ini sekali lagi mempersoalkan motif penyebaran video lama itu.

    “Apa motifnya agaknya apabila ada seseorang yang mahu timbulkan kemarahan netizen dengan mengambil satu video lama yang dibuat dalam konteks berbeza ketika waktu tersebut, akan tetapi spin (putar belit) sehingga naratifnya berubah.

    “Itu latar belakang saya buat laporan polis kerana itu motif politik mahu jatuhkan saya,” katanya.

    Semalam Pegawai Khas Fuziah, Aidil Haryman Mat Nor membuat laporan di ibu pejabat polis daerah kuantan berhubung isu video berkenaan.

    Aidil menggesa siasatan segera dilaksanakan terhadap beberapa pengguna media sosial, yang membuat catatan berunsur fitnah dan menghasut rakyat agar mempercayai “video lampau yang tidak berkaitan dengan keadaan semasa”.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts