Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAlhamdulillah Zuraida mohon maaf - Saifuddin 

    Alhamdulillah Zuraida mohon maaf – Saifuddin 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution menyatakan rasa syukur setelah bekas Menteri perumahan Zuraida Kamaruddin memohon maaf dan menarik balik kata-kata fitnah terhadapnya.

    “Pengajarannya, usah khianat perjuangan, tiada yang hidup tenang dengan mengkhianati perjuangan. 

    “Kebenaran pasti menang jua akhirnya,” katanya.

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur merekodkan penyelesaian kes fitnah itu semasa prosiding di mahkamah terbuka pagi tadi.

    Zuraida Kamaruddin

    Pada 2020, Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR memfailkan tindakan sivil terhadap Zuraida, bekas naib presiden parti itu, berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan kerajaan Kelantan dan Tabung Amanah Tok Kenali.

    Peguam Saifuddin, Navpreet Singh mengesahkan bahawa sebahagian daripada penyelesaian itu termasuk permohonan maaf serta penarikan balik kenyataan.

    Dalam tulisan di media sosial tengah hari tadi, Saifuddin juga berharap kes hari ini menjadi pengajaran “kepada sesiapa yang terdetik untuk khianat”.

    “Yang ikut sama khianat waktu itu, ramai juga nak u-turn (patah balik). 

    “Jawapan saya begini sahaja, tidak mudah. Perjuangan ini mahal nilainya,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts