Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAliran trafik lancar di beberapa lebuh raya menjelang PRN

    Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya menjelang PRN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan tiada kesesakan lalu lintas dilapor pagi ini menjelang hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, esok.

    Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas terkawal dan tiada tanda-tanda peningkatan jumlah kenderaan.

    “Setakat ini, aliran trafik lancar bermula Plaza Tol Jalan Duta menghala ke utara, tiada sebarang masalah. Dari Sungai Besi ke selatan (Negeri Sembilan) pun masih lancar dan tiada sebarang peningkatan jumlah kenderaan dilaporkan sempena PRN esok.

    “Bagi yang menghala ke arah Pantai Timur, di Plaza Tol Gombak masih lancar dan tidak sesak, begitu juga di Plaza Tol Bentong. Aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menuju Kuantan juga lancar setakat ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.

    Beliau berkata terdapat kesesakan berlaku di Lebuhraya KL-Karak menghala ke arah ibu negara, namun ia disebabkan kemalangan.

    Menerusi akaun rasmi Twitter PLUS Trafik, aliran trafik juga bergerak lancar, namun perlahan disebabkan oleh kenderaan rosak dan kemalangan di Jambatan Pulau Pinang Kilometer (KM) 4 arah Timur dari bahagian pulau ke Perai.

    “Lorong kiri di jambatan berkenaan terhalang dan trafik perlahan. Treler rosak pula di KM231 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar. Keadaan itu menyebabkan lorong kiri terhalang namun trafik terkawal,” menurut laman rasmi Twitter PLUS Trafik, hari ini.

    Menurut PLUS Trafik, kemalangan turut berlaku di KM 266.2 arah selatan dari Bandar Ainsdale ke Seremban melibatkan dua kenderaan berat hingga menyebabkan lorong kiri dan tengah terhalang dan trafik perlahan pada 6.30 pagi tadi.

    ALSO READ:  Zahid sends off 200 students to China for TVET exposure

    Bagaimanapun, aliran trafik di kawasan tersebut lancar apabila kerja-kerja pembersihan dilakukan segera.

    Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati situasi semasa aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju Pantai Timur lancar dan terkawal menjelang hari mengundi esok sempena PRN di Kelantan dan Terengganu.

    Tinjauan kira-kira sejam di plaza tol tersebut tidak menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan dan aliran trafik bergerak seperti biasa tanpa sebarang kesesakan.

    Susulan itu, tinjauan Bernama di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) mendapati aliran trafik kelihatan lancar pagi ini.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan, esok.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts