Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

    Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 4 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan menjelang perayaan Aidilfitri.

    Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

    Beliau berkata Lebuhraya PLUS dilaporkan sesak ke utara di Rawang menghala Sungai Buaya, Tapah menghala Gopeng, Juru menuju Perai dan Seberang Jaya ke Sungai Dua.

    “Sementara arah Selatan sesak di Kempas menghala Pasir Gudang dan di LPT2, kesesakan dilaporkan berlaku di Plaza Tol Kuala Terengganu.

    “Trafik juga sesak di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di Kota Kemuning menghala Hicom dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Puchong Jaya menuju Jalan PJS,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Bagaimanapun, beliau berkata trafik di kebanyakan lebuh raya lain masih terkawal.

    Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts