Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Allah makbulkan doa kami bawa Abang Din balik sebelum raya'

    ‘Allah makbulkan doa kami bawa Abang Din balik sebelum raya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki warga emas Mohamad Ngah yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas, hari ini ditemukan telah meninggal dunia, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor.

    Beliau berkata pihaknya menerima aduan penemuan mayat mangsa yang berusia 67 tahun itu, daripada orang awam di sekitar tapak pembinaan di Kampung Banggol Katong, di Kuala Terengganu pada pukul 10.25 pagi tadi.

    “Sepasukan polis dari Balai Polis Cabang Tiga diarahkan ke lokasi, sebelum bertemu dengan anak mangsa Mohd Nor Hisyam, 31, yang mengesahkan mayat tersebut milik bapanya.

    “Polis percaya mangsa telah meninggal dunia kira-kira dua hari lepas.

    “Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna dan hasil pemeriksaan pada tubuh si mati mendapati tiada unsur jenayah atau kesan kecederaan luaran lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Azli berkata mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.

    Sementara itu, adik mangsa Mohd Azis menerusi sebuah hantaran di media sosial melahirkan rasa syukur, kerana pencarian mereka sekeluarga mengesan abangnya yang lebih dikenali sebagai Din sejak Sabtu lepas, berakhir.

    “Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami nak bawa Abang Din balik sebelum raya. Jasadnya sempurna. Terima kasih kepada yang membantu, mendoakan dan menyokong sepanjang empat hari Abang Din hilang,” menurut hantaran itu.

    Terdahulu, Bernama melaporkan Muhammad hilang selepas keluar dari rumahnya secara sehelai sepinggang tanpa membawa beg duit, telefon bimbit mahupun memakai topi keledar pada kira-kira pukul 8 pagi Sabtu lepas.

    Penjual ikan dan sayur itu dikhuatiri hilang oleh ahli keluarganya, kerana bapa kepada tiga orang anak itu mempunyai sejarah penyakit jantung dan lemah daya ingatan, selain baru sahaja sembuh daripada demam pada minggu sebelumnya.

    ALSO READ:  Rugby-Smith vows to do better for All Blacks in semi-final

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts