Dua wanita dilantik menduduki jawatan tertinggi Jabatan Peguam Negara. Peguam Negara, Terrirudin Mohd Salleh, berkata pelantikan itu selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Undang-Undang Bilangan 107 dan 108 Tahun 2023. “Jabatan ini memaklumkan pelantikan Almalena Sharmila Johan sebagai Peguam Cara Negara dan Suzana Atan sebagai Peguam Cara Negara II.
Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 2 Oktober 2023,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. Almalena Sharmila menggantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Peguam Negara berkuatkuasa 6 September lalu. Dia pula menggantikan Idrus Harun yang tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September lalu.
Pelantikan Suzana Atan sebagai Peguam Cara II pula bagi mengisi kekosongan oleh Almalena Sharmila.