Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAlumni PTD nafi keluar tuduhan terhadap KSN, KPPA

    Alumni PTD nafi keluar tuduhan terhadap KSN, KPPA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) hari ini menafikan ada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

    Timbalan Presiden Alumni PTD Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid berkata sebarang kenyataan yang dibuat oleh Alumni PTD adalah dikeluarkan melalui saluran rasminya iaitu Pejabat Urusetia Alumni PTD.

    Beliau berkata setiap kenyataan yang dibuat juga perlu melalui proses perbincangan dan tapisan tertentu serta ditandatangani Presiden Alumni PTD sendiri atau ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang ditugaskan bagi pihak Presiden.

    “Semua kenyataan rasmi Alumni PTD juga dikeluarkan di atas letter-head Alumni PTD.

    “Oleh yang demikian, kenyataan yang dibuat bertarikh 14 Ogos itu jelas bukan datangnya dari Alumni PTD,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

    Isnin lepas, tular di media sosial satu kenyataan bertarikh 14 Ogos yang mengandungi berbagai tuduhan terhadap KSN dan KPPA yang kononnya dikeluarkan Alumni PTD.

    Nuraizah berkata Alumni PTD yang ditubuhkan pada 1989 dengan terdiri daripada pesara PTD bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli, membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan memberi perkhidmatan kepada negara dan masyarakat.

    “Aktiviti-aktiviti Alumni PTD adalah sentiasa positif dan konstruktif seperti forum, ceramah, perbincangan meja bulat, penerbitan dan kebajikan…

    “Alumni PTD sentiasa bertindak profesional dan bertanggungjawab dalam segala urusannya, serta memberi perhatian kepada kepentingan ahli, rakyat dan negara,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts