Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAmalkan semula SOP cegah Covid-19: Pakar kesihatan

    Amalkan semula SOP cegah Covid-19: Pakar kesihatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Walaupun kes COVID-19 di negara ini masih terkawal, rakyat disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah jangkitan virus tersebut.

    Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Universiti Antarabangsa Perubatan (IMU) Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata bahawa situasi ini berlaku kerana rakyat perlu terus ‘hidup’ bersama COVID-19, memandangkan tiada tanda-tanda virus tersebut akan lenyap dari muka bumi ini.

    “COVID-19 berada dalam keadaan endemik. Ini bermakna ia sentiasa ada dalam persekitaran dan sentiasa bermutasi,” kata Felo Akademi Sains Malaysia itu kepada Bernama.

    Walaupun fasa peralihan endemik di Malaysia bermula pada 1 April tahun lepas, Dr Lokman Hakim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan turut menggalakkan orang ramai, terutamanya mereka yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin dalam usaha mencegah COVID-19.

    “Digalakkan bagi mereka untuk mengambil semula suntikan booster sekiranya kali terakhir pengambilannya melebihi tempoh setahun lalu,” katanya merujuk kepada golongan berisiko tinggi antaranya warga emas dan penghidap penyakit kronik seperti kanser.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan bahawa situasi di negara ini kekal terkawal dengan kebanyakan kes dilaporkan melibatkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital, dan tiada varian baharu COVID-19 yang dikesan di negara ini.

    Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi COVID-19 dan varian berkaitan dari semasa ke semasa.

    Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman menggalakkan pemakaian pelitup muka terutama setiap kali keluar ke tempat awam atau tempat yang sesak serta menggalakkan pemakaian sanitizer dan kebersihan tangan.

    Beliau juga berpendapat bahawa peningkatan jangkitan COVID-19 mungkin disebabkan oleh perubahan varian virus serta penurunan antibodi dalam kalangan masyarakat.

    ALSO READ:  Ketua Polis Johor sahkan tuut terima e-mel ancaman bom

    Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar turut menyeru agar masyarakat melindungi diri dengan pemakaian pelitup muka, terutamanya ketika hujan dan musim lembap serta menasihatkan untuk melengkapkan pengambilan suntikan vaksinasi COVID-19 dalam usaha membendung jangkitan tersebut.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts