Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAmanah umum barisan pengerusi Negeri yang baru

    Amanah umum barisan pengerusi Negeri yang baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Amanah mengumumkan barisan pengerusi Amanah Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baru bagi memantapkan pentadbiran parti itu.

    Setiausaha Agung Amanah Muhammad Faiz Fadzil berkata barisan kepimpinan baru itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan perpaduan.

    Menurutnya pelantikan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Amanah (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan pengerusi Amanah Negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Amanah.

    “Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran Amanah dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Amanah hari ini.

    Berikut adalah senarai Pengerusi Amanah Negeri:

    • Johor: Aminolhuda Hassan

    • Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris

    • Kelantan: Adly Zahari

    • Melaka: Datuk Ashraf Mukhlis Minghat

    • Negeri Sembilan: Datuk MK Ibrahim Abd Rahman

    • Pahang: Mohd Fadzli Mohd Ramly

    • Perak: Datuk Asmuni Awi

    • Perlis: Wan Kharizal Wan Khazim

    • Pulau Pinang: Muhammad Faiz Fadzil

    • Sabah: Lahirul Latigu

    • Sarawak: Abang Abdul Halil Abang Naili

    • Selangor: Izham Hashim

    • Terengganu: Mohd Hasbie Muda

    • Wilayah Persekutuan: Khalid Abd Samad

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts