Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAmang seksual - Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun

    Amang seksual – Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukan Malaysia (Sukma), enam tahun lalu.

    Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh Mat Salleh Jalani, 61, didapati bersalah di penghujung perbicaraan pada hari ini.

    Mengikut pertuduhan dia didakwa telah melakukan amang seksual ke atas seorang remaja lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun satu bulan di sebuah taman perumahan di Marang pada Mac 2018.

    Kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.

    Hakim memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh sabitan iaitu pada hari ini dan tertuduh perlu berada dalam pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Nur Nabihah Hanin Ayin dan tertuduh diwakili Marlisa Marzuki daripada Mohd Hayyatuddin & Co.

    Sementara itu, dalam kamar mahkamah sama, Nooriah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan satu sebatan terhadap seorang penganggur kerana didapati bersalah atas dua tuduhan iaitu merompak dan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan, dua tahun lepas.

    Tertuduh Muhammad Zairuzi Zahri, 31, dikenakan hukuman penjara tujuh tahun ke atas kesalahan melakukan rompakan manakala penjara 24 bulan dan satu sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal.

    Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa telah merompak harta milik mangsa yang kini berumur 19 tahun, iaitu sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM6 pada September 2022 di sebuah kampung di sini.

    ALSO READ:  Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air

    Kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

    Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa sama yang ketika itu berusia 17 tahun tujuh bulan pada masa dan lokasi yang sama, di bawah Seksyen 14(a) AKKSTKK.

    Nooriah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh lelaki itu ditangkap pada 27 Oktober 2022 dan dia juga dikehendaki berada dalam pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

    Pendakwaan juga dikendalikan oleh Nur Nabihah Hanin manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts