Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAmaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Kelantan, Terengganu

    Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Kelantan, Terengganu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini.

    METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia dijangka melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.

    Di Terengganu pula membabitkan beberapa kawasan di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

    “Amaran hujan berterusan (tahap buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam,” menurut kenyataan itu.

    Sementara itu METMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di beberapa kawasan di Kelantan membabitkan Jeli dan Kuala Krai, Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan di Pahang membabitkan kawasan Kuantan dalam tempoh sama.

    Situasi sama juga dijangka berlaku di Kedah meliputi kawasan Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung) dalam tempoh 22 sehingga 23 Nov (Khamis) ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts