Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAmbiga bimbang bakal doktor lihat pengajian perubatan dari lensa kaum

    Ambiga bimbang bakal doktor lihat pengajian perubatan dari lensa kaum

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan berkata dia bimbang dengan bentuk pemikiran dan sikap yang dipamer oleh sesetengah mahasiswa yang pada pandangannya bersikap perkauman.

    Ambiga merujuk kepada tindakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantah kemasukan pelajar perubatan bukan bumiputera bagi melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat pakar dalam bidang pembezahan kardiotoraks.

    “Dalam isu UiTM, di mana terdapat pelajar perubatan membantah kemasukan pelajar bukan bumiputera. Saya bimbang melihat apakah jenis doktor yang akan mereka akan jadi nanti?

    “Hakikat bahawa mereka melihat pengajian perubatan melalui Iensa perkauman adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip mereka sebagai doktor dan ia sama sekali tidak boleh diterima,” katanya.

    Ambiga berkata demikian ketika berucap sebagai panelis pada Kongres Bersih yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Kuala Lumpur, hari ini.

    Pada 25 April lalu, portal berita kesihatan Codeblue melaporkan Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN Raja Amin Raja Mokhtar sebagai berkata UiTM bersetuju membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di situ, susulan kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

    Susulan itu, pada 14 Mei lalui, kira-kira 100 pelajar UiTM mengadakan protes terhadap idea membuka sementara pintu institusi pengajian tinggi (IPT) itu kepada tujuh pegawai perubatan bukan bumiputera bagi tujuan tersebut.

    Mereka juga mengenakan pakaian hitam untuk menyatakan penentangan tersebut. Kempen itu turut menggunakan tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah.

    Namun, MPP Uitm kemudian mengemukakan permohonan maaf dengan menyifatkan apa yang berlaku merupakan suatu “kekhilafan” dan mengambil pengajaran dalam insiden terbabit.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, mereka berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dengan memberikan maklum balas terhadap kempen protes berkenaan.

    ALSO READ:  DPM Zahid emphasises shared goals in meeting with Philippines President Marcos

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts