Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAmbiga kecewa - Pembaharuan lemah, tidak ada baik pulih jelas

    Ambiga kecewa – Pembaharuan lemah, tidak ada baik pulih jelas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Ambiga Sreenevasan kecewa dengan tindakan pembaharuan yang kononnya dilakukan oleh kerajaan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Baginya, ia amat perlahan malah dilihat hanya memfokuskan isu memerangi rasuah.

    Ambiga Sreenevasan

    “Walaupun saya percaya me­reka (kerajaan) harus diberi sedikit masa lagi untuk beberapa pembaharuan, saya tidak mendengar ada rancangan sebenar untuk pembaharuan bergerak ke hadapan.

    “Sebaliknya banyak cakap mengenai menangani rasuah tetapi kita tidak melihat sebarang baik pulih yang jelas,” katanya yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

    Ambiga berkata, beberapa isu lain juga penting perlu menjadi keutamaan dan perhatian termasuk hal berkaitan dengan hak asasi seperti kebebasan bersuara.

    “Akta Hasutan masih wujud dan kita terkejut ia masih digunakan. Begitu juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya lagi.

    Walaupun beberapa pihak menyatakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai bermasalah dan sering digunakan untuk tujuan politik, namun bagi Ambiga, yang juga adalah bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, tiada sebarang perubahan yang dibuat mengenai perkara itu.

    Gambar Hiasan – Menteri Komunikasi dan timbalannya (kanan)

    Sebelum ini, kerajaan pada 2019 melalui Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menjelaskan yang pihaknya sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.

    Mengulas lanjut, Ambiga turut berkata, antara isu lain yang turut tidak menjadi perhatian kerajaan pada hari ini ialah rombakan terhadap institusi badan SPRM seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

    “Kita tidak melihat sebarang rombakan bermakna terhadap badan SPRM itu sendiri mahupun berkaitan dengan akauntabiliti jika institusi tersebut perlu diletakkan di bawah Parlimen,” kataya.

    Mengikut manifesto PH, semua pelantikan pesuruhjaya SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman yang sedang dilaksanakan mengikut budi bicara Perdana Menteri, perlu diluluskan Parlimen.

    ALSO READ:  Kadar upah penghantar turun: MOT tuntut penjelasan Grab

    SPR juga akan diletakkan di bawah kuasa parlimen sementara SPRM akan dinaik taraf kepada suruhanjaya penuh yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Begitu juga, SPRM juga akan bertanggungjawab kepada Parlimen.

    Portal itu turut memetik Ambiga sebagai berkata, antara isu lain yang turut ‘mengecewakan’ adalah memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

    Justeru, beliau merancang untuk mendedahkan perkara ini kepada umum sebagai agenda reformasi yang perlu dibuat perubahan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts