Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAmbil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs

    Ambil serius luahan petugas kesihatan – Cuepacs

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital kerajaan ketika ini.

    Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata perkara itu bukan sahaja membabitkan isu kebajikan petugas kesihatan malah kemampuan fasiliti kesihatan negara dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

    “Kita pernah menghadapi situasi penularan Covid-19 sebelum ini yang hampir melumpuhkan sepenuhnya fasiliti kesihatan negara.

    “Pengalaman tersebut sewajarnya menjadi pengajaran kepada kerajaan untuk memperkukuhkan lagi mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan di pelbagai peringkat bagi mengelakkan fasiliti kesihatan terpaksa beroperasi tanpa petugas mencukupi sehingga ada yang dikerah bertugas lebih masa demi menampung kekurangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau mengulas kejadian tular memaparkan gambar papan putih di sebuah fasiliti kesihatan memohon maaf dan memaklumkan mengenai kekurangan doktor yang menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lama sehingga lima jam.

    Cuepacs katanya memandang serius perkara itu dan tidak mahu isu kebajikan petugas kesihatan diabaikan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan berjalan seperti biasa.

    “Mereka ini tetap manusia yang memerlukan rehat mencukupi, melakukan aktiviti sosial dan mempunyai keluarga perlu diberi perhatian,” katanya.

    Adnan berkata semua ketua jabatan perlu memainkan perananan penting dalam mengatasi kekurangan petugas kesihatan dengan menyalurkan isu tersebut kepada pihak atasan di Kementerian Kesihatan (KKM) agar pengisian jawatan dapat disegerakan.

    Mengenai gambar papan putih yang tular itu, beliau berkata Cuepacs berharap tiada sebarang tindakan diambil terhadap petugas kesihatan terbabit dan perkara itu perlu ditangani secara positif tanpa mengabaikan keluh-kesah diutarakan demi memastikan kebajikan penjawat awam.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts