Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Amerika syaitan' antara dilaung di depan kedutaan AS

    ‘Amerika syaitan’ antara dilaung di depan kedutaan AS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lebih 500 berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sempena sambutan Minggu Al-Quds Sedunia hari ini dan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin khususnya di Gaza.

    Ketika berucap, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata dia bersama beberapa wakil pertubuhan dan parti politik menyerahkan memorandum di kedutaan AS malam tadi.

    Katanya, memorandum tersebut mengandungi 18 perkara dan paling mustahak adalah mendesak Amerika menghentikan bekalan senjata kepada tentera Zionis.

    Azmi juga mendakwa Amerika mendorong serangan Israel terhadap Palestin.

    “Kami ingin tegaskan bahawa Amerika adalah pendorong kepada Israel menjadikan Israel sebagai pembunuh yang tak dapat dikawal.

    “Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bahawa mesti melakukan gencatan senjata. Namun, pada masa yang sama Amerika telah menghantar senjata yang lebih banyak lagi.

    “Kita perlu bersiap melakukan tindakan terhadap Amerika dengan melancarkan pemboikotan,” katanya.

    Terdahulu, peserta berhimpun di hadapan Menara Tabung Haji sejak 2 petang dan berarak ke Kedutaan AS.

    Antara yang hadir ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) Tian Chua dan aktivis Hishamuddin Rais, Adun Seri Serdang Abbas Salimmi dan wakil-wakil daripada pertubuhan dalam dan luar negara yang menyokong pembebasan Palestin.

    Semasa berarak, para peserta melaungkan ‘Amerika syaitan’, ‘Bebaskan Palestin’, ‘Hancur Israel’ dan ‘Bersatu manusia sedunia demi Palestin’, sebagai tanda ketidak puas hati terhadap Amerika dalam menangani isu Palestin.

    Kira-kira 200 anggota polis telah dikerah untuk mengawal keadaan di hadapan Kedutaan AS.

    Terdahulu, ketika berucap di hadapan Menara Tabung Haji, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menggesa pembubaran Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu setelah mendakwa majlis itu tidak lagi berfungsi.

    ALSO READ:  Anwar ikrar terus petik ayat Quran tapi akan rujuk Jakim dulu

    “Israel tidak mengendahkan arahan gencatan senjata terhadap Palestin.

    “Ingat isu Palestin isu kemanusiaan dan tidak kira agama atau kaum. Kalau Israel tak dihukum, majlis keselamatan ini tidak berguna dan perlu bubar sahaja,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts