Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAmir Hamzah, Zulkifli angkat sumpah senator

    Amir Hamzah, Zulkifli angkat sumpah senator

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Zulkifli Hasan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Pelantikan Amir Hamzah dan Zulkifli yang berkuat kuasa 12 Dis 2023 hingga 11 Dis 2026 adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari keenam sidang Dewan Negara bagi membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 menyarankan agar Menteri yang dilantik dalam kalangan senator turut berperananan menjadi juara terbaik membela dan menegapkan institusi Senat sebagai the upper house iaitu badan legislatif tertinggi di negara.

    Beliau turut mengingatkan bahawa Perkara 49(3) yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts