Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAmnesty International, OIC desak siasatan terhadap serangan bantuan di Gaza

    Amnesty International, OIC desak siasatan terhadap serangan bantuan di Gaza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Amnesty International pada Khamis menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.

    Dalam satu kenyataan di X, kumpulan hak asasi manusia itu berkata mesti ada siasatan segera berhubung laporan ngeri bahawa berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dan cedera ketika cuba menerima bantuan makanan di utara Gaza hari ini, lapor Agensi Anadolu.

    Amnesty International berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap insiden itu sebagai sebahagian daripada “dokumentasi berterusan terhadap pencabulan ke atas orang awam Palestin.”

    Kenyataan itu dibuat selepas tentera Israel menyerang sekumpulan penduduk Palestin pada awal Khamis ketika mereka menunggu bantuan kemanusiaan di Bandaraya Gaza.

    Menurut Kementerian Kesihatan, insiden itu membunuh sekurang-kurangnya 112 orang dan mencederakan 760 yang lain.

    Menekankan krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza, organisasi itu merujuk kepada amaran PBB baru-baru ini mengenai ancaman kebuluran dan menyalahkan krisis itu kepada “kepungan haram dan serangan tanpa henti” Israel di wilayah itu sejak 16 tahun lalu.

    “Gesaan oleh Menteri Keselamatan Israel (Itamar) Ben-Gvir selepas tragedi hari ini untuk menghentikan penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan,” katanya.

    Sementara itu dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkata ia “mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai dan jenayah peranang yang berterusan yang dilakukan oleh tentera rejim, termasuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang sedang menunggu trak bantuan di bulatan Nabulsi berhampiran Al-Rashid Street di Bandaraya Gaza.

    OIC juga menggesa masyarakat global untuk segera menghentikan “jenayah genosid” Israel dan memastikan perlindungan antarabangsa terhadap orang awam Palestin selain menjamin penghantaran barang keperluan penting dan bantuan kemanusiaan yang berterusan untuk mereka.

    ALSO READ:  Indonesian minister explains why foreign investors prefer data centres in Malaysia

    Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh sekurang-kurangnya 30,035 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

    Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya khususnya di utara Gaza kini di ambang krisis kebuluran.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts