Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnak bekas Menteri gagal batal tuduhan seleweng minya masak

    Anak bekas Menteri gagal batal tuduhan seleweng minya masak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan anak seorang bekas Menteri bagi menggugurkan pertuduhan penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi.

    Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Nor Alimah Mohd Sanusi memaklumkan keputusan representasi oleh Muhammad Faisal Hamzah, 39, semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Mazni Nawi, hari ini.

    Terdahulu, peguam Nasuha Badruldin dan Indran Kumaraguru yang mewakili Muhammad Faisal berkata pihaknya telah menghantar representasi kepada AGC pada 28 Jun lepas.

    Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan kes selama 10 hari iaitu 5 Jun dan 3, 10, 17, 24, 31 Julai serta 7, 14, 21, 28 Ogos tahun depan.

    Pendakwaan memaklumkan pihaknya akan memanggil 15 saksi. Pada prosiding itu peguam Hasnan Hamzah mewakili seorang lagi tertuduh Azizul Abdul Halim, 55.

    Pada 5 April lepas, Muhammad Faisal dan rakan perniagaannya Azizul, mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan.

    Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan pemegang lesen borong barang kawalan berjadual memberikan maklumat palsu kepada KPDN semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung Dokumen/Invoice Penjualan Minyak Masak kepada Pasar Segar Din Maju.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat KPDN Negeri kira-kira pukul 5 petang pada 12 Ogos tahun lepas mengikut Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) akta sama.

    Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, didenda maksimum RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

    ALSO READ:  CEO baru KWSP akan diumum dalam masa terdekat

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts