Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnak Dr Zul layak, dapat biasiswa ikut dasar dan SOP - MAIWP

    Anak Dr Zul layak, dapat biasiswa ikut dasar dan SOP – MAIWP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berdasarkan dasar serta prosedur operasi standard (SOP) MAIWP.

    Menurut MAIWP, Abdul Syakur yang memperoleh keputusan 8A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan penuntut lepasan Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP dan pemberian biasiswa itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP, 11 Sept lepas.

    “Hasil semakan juga mendapati pemohon dikategorikan dalam asnaf Fisabilillah dengan Lebihan Had Kifayah.

    “Bapa pelajar (Datuk Seri Dr Zulkifli) hanya menerima pencen dan telah melepaskan segala jawatan beliau termasuk juga sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia.

    “Ini menepati syarat Lebihan Had Kifayah yang ditetapkan bagi asnaf Fisabillillah,” menurut MAIWP dalam kenyataan hari ini.

    Isu pemberian biasiswa itu menerima pelbagai reaksi termasuk yang mempertikaikan kelayakan Abdul Syakur, yang merupakan anak bekas Menteri dan didakwa mempunyai kelebihan dari segi kewangan berbanding calon lain, sebagai penerima.

    MAIWP memaklumkan takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.

    Jelas MAIWP, bantuan biasiswa itu merupakan antara 30 skim di bawah Dasar Skim Bantuan Zakat MAIWP yang digunapakai sejak diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-150 pada 15 Jan 2020 dan Mesyuarat MAIWP pada 18 Feb 2020.

    Ia juga diperakui di bawah SOP Pengurusan Skim Bantuan Zakat MAIWP yang diluluskan Mesyuarat Pengurusan MAIWP pada 22 Dis 2020.

    ALSO READ:  Hotel bertanggungjawab terhadap kematian di kolam renangnya

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts