Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000

    Anak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anak Menteri Besar Perlis,  Mohd Syafeeq Mohd Shukri didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000 berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

    Mohd Syafeeq, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan bagi pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Norsalha Hamzah.

    Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

    Pada 24 April lalu, SPRM menahan reman enam individu, termasuk Syafeeq  bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM600,000.

    Mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkait pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

    Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan sebaik tamat tempoh reman selama tiga hari.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts