Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnggota APM meninggal dunia selepas koma lebih 40 hari

    Anggota APM meninggal dunia selepas koma lebih 40 hari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang Muhammad Afiq Ammar meninggal dunia semalam setelah koma sejak 9 Mac lepas ketika menjalani latihan di Port Dickson.

    Pengarah APM Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata Allahyarham Muhammad Afiq, 25, rebah ketika menjalani latihan sebagai calon pengundian anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA).

    “Anggota ini rebah semasa sesi larian kira-kira tujuh kilometer, kemudian mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson, namun setelah keadaan kesihatan semakin merosot, anggota itu dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata jenazah disolatkan di surau Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Negeri, sebelum dibawa ke Pulau Pinang dengan van jenazah.

    Menurut beliau, kursus disertai anggota itu bermula 9 hingga 10 Mac melibatkan beberapa anggota APM di seluruh Negeri.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts